DOSM akan membuka beberapa pejabat daerah tidak lama lagi – Ketua Perangkawan

Kongsikan Artikel ini


Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (tengah) semasa pelancaran "Jalan ke Hari Perangkaan Kebangsaan 2023", hari ini.  - BERNAMA

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (tengah) semasa pelancaran “Hari Jalan ke Perangkaan Kebangsaan 2023”, hari ini. – BERNAMA

BATU PAHAT – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan membuka pejabat di beberapa daerah di seluruh negara dalam masa terdekat, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata setakat ini jabatan itu membuka 30 pejabat di peringkat daerah yang bertanggungjawab mengumpul data dalam usaha membantu pembangunan negara.

“Keperluan (untuk membuka) pejabat DOSM adalah berdasarkan jumlah penduduk, pendapatan, kedatangan pelancong dan sumber ekonomi sesebuah daerah.

“Bagi daerah yang tidak mempunyai pejabat, buat masa ini data dan perangkaan daerah akan diuruskan oleh kakitangan pejabat berhampiran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat DOSM Batu Pahat dan melancarkan “Road to Hari Perangkaan Kebangsaan 2023″, di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata mulai bulan lepas, pengumpulan data dan perangkaan di setiap daerah yang mempunyai pejabat akan dilakukan oleh sekretariat khas yang diketuai oleh pegawai daerah dan pengarah DOSM negeri.

Beliau berkata, pengumpulan data, perangkaan dan usaha pengemaskinian yang akan turut dilaksanakan di peringkat kawasan parlimen dan DUN selain di peringkat daerah adalah antara faktor DOSM memerlukan pejabat di setiap daerah.

“Kira-kira 10 tahun lalu DOSM tidak perlu membuka pejabat di setiap daerah, hanya bergantung kepada pejabat di peringkat negeri, tetapi sekarang keperluannya sudah ada dan kita akan melaksanakannya secara berperingkat.

“Sebagai contoh, pembukaan pejabat DOSM di Batu Pahat sememangnya perlu, kerana daerah ini mempunyai penduduk kedua tertinggi dan mempunyai pertubuhan perniagaan paling ramai selepas Johor Bahru, selain mendominasi sektor perkhidmatan,” katanya.- BERNAMA


Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *