Dua cedera, 10 penumpang tidak cedera selepas bas terbalik

Kongsikan Artikel ini


Keadaan bas yang terbalik dalam kemalangan di jalan kilang sawit Jengka 3, Maran pada Sabtu.  Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan.  - Foto: Ihsan APM

Keadaan bas yang terbalik dalam kemalangan di jalan kilang sawit Jengka 3, Maran pada Sabtu. Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan. – Foto: Ihsan APM

MARAN – Seorang wanita dan seorang remaja perempuan cedera selepas kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bas di jalan kilang sawit Jengka 3 di sini pada Sabtu.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Maran Kapten (PA) Mohamad Nor Azhar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.05 petang.

“Dalam kejadian itu, bas berkenaan telah terbalik di tepi jalan, bagaimanapun 10 penumpang lain selamat.

“Kedua-dua mangsa yang cedera adalah penumpang pacuan empat roda itu. Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ezoiklaporkan iklan ini


Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *