Dua wakil Sabah baharu dalam barisan kabinet PM Anwar

Kongsikan Artikel ini

Ewon Benedick, Armizan Mohd Ali

Ewon Benedick, Armizan Mohd Ali

KOTA KINABALU – Dua muka baharu dari Sabah diketengahkan dalam barisan kabinet baharu kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dalam satu pengumuman pada Jumaat.

Datuk Ewon Benedick dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Armizan Mohd Ali dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).

Ewon adalah Ahli Parlimen Penampang dan juga Naib Presiden United Progressive Kinabalu Organization (UPKO) beliau juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah semasa pentadbiran kerajaan Warisan Plus.

Sementara itu, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Kedua-dua Ewon dan Armizan adalah muka baharu yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Ewon menewaskan penyandang kerusi Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking dan Armizan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Papar, Ahmad Hassan.

Kedua-dua kerusi itu sebelum ini disandang oleh Warisan,

sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *