F1 bakal anjur 24 perlumbaan terpanjang dalam sejarah bagi semusim

Kongsikan Artikel ini

LONDON – Perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2023 hadir dengan elemen kejutan apabila perlumbaan bakal dianjurkan sebanyak 24 pusingan perlumbaan sepanjang musim depan serperti dipetik kosmo online..

Ini julung kalinya perlumbaan berprestij itu mengumumkan perlumbaan terpanjang semenjak pertama kali menganjurkan saingan itu pada era 1950-an.

Las Vegas menjadi destinasi baharu menjelang perlumbaan musim depan dan Amerika Syarikat kini mempunyai tiga perlumbaan selepas Miami memulakan debut penganjuran pada musim ini.

Menarik kali ini, perlumbaan Grand Prix (GP) China kembali berada dalam kalender 2023 selepas kali terakhir menganjurkannya pada musim 2019 sebelum ditangguhkan gara-gara pandemik Covid-19 menyerang dunia.

Presiden F1, Stefano Domenicali mengakui berbangga selepas perlumbaan 2023 hadir dengan perlumbaan terpanjang dalam sejarah penganjuran meskipun sebelum ini membatalkan Grand Prix (GP) Rusia.

“Formula 1 sentiasa mendapat tawaran untuk menganjurkan perlumbaan dan adalah penting bagi mendapatkan keseimba­ngan untuk keseluruhan sukan.

“Kami sangat gembira dengan momentum Formula 1 yang terus dialami dan ia adalah berita baik bahawa kami akan dapat membawa semangat peminat untuk digabungkan dengan lokasi baharu seperti Las Vegas.

“Selepas ini perlumbaan F1 akan menuju ke venue yang digemari di seluruh peminat di Eropah, Asia dan juga benua Amerika,” kata Domenicali.

Perlumbaan musim 2023 nanti akan bermula di Bahrain pada 5 Mac tahun depan dan akan berakhir di Abu Dhabi pada 26 November. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published.