Fakta Menarik Tentang Shopee
Pastinya ramai yang tahu dan pernah menggunakan platform membeli-belah e-dagang No 1 di rantau Asia ini iaitu Shopee. Pelbagai barangan dan perkhidmatan disediakan oleh peniaga dalam platform ini. Mempunyai rangkain pengguna di Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan India serta beberapa negara di Eropah dan Amerika Latin.

Berikut kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang Shopee buat anda.
1- Sejarah Penubuhan Platform e-dagang Shopee
Shopee Pte. Ltd. (Shopee) pertama kali ditubuhkan di Singapura pada tahun 2015 merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional Singapura yang memberi tumpuan terutamanya kepada e-dagang. Untuk pengetahuan anda Shopee dimiliki oleh syarikat SEA Ltd sebelumnya dikenali sebagai Garena, juga salah satu gergasi internet asia, yang terlibat dalam platform permainan maya terbesar di Asia Tenggara.
Pada awalnya model perniagaan Shopee hanya menfokuskan konsep perniagaan kepada pengguna Customer-to-Customer untuk menjalankan urusniaga di platform ini. Namun mereka telah berubah dengan membenarkan perniagaan berniaga diplatform ini.
2- Siapa Pengasas Shopee
Siapa pengasas platform e-dagang ini? Shopee ditubuhkan oleh Forrest Li Xiaodong (lahir 1977 atau 1978), adalah seorang ahli perniagaan jutawan Singapura. Beliau adalah pengasas Sea Limited, sebuah syarikat yang terdiri daripada anak-anak syarikat seperti Garena dan Shopee.
Dilahirkan di Tianjin, China, Li berhijrah ke Singapura sejurus selepas memperoleh ijazah dalam bidang kejuruteraan dari Shanghai Jiaotong University, dan MBA dari Stanford Graduate School of Business.
3- Apa itu ‘Jaminan Shopee’
‘Jaminan Shopee’ bermaksud pihak Shopee menawarkan keselamatan membeli-belah dalam talian melalui perkhidmatan escrownya sendiri yang disebut “Shopee Guarantee”, di mana ia menahan pembayaran kepada penjual sehingga pembeli telah menerima pesanan mereka atau pembeli melakukan pengesahan penerimaan barangan.
4- Platform e-dagang paling pesat berkembang
Sehingga 2021, Shopee dianggap sebagai platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dengan 343 juta pelawat bulanan, dan syarikat itu juga melayani pengguna dan penjual di beberapa negara di seluruh Amerika dan Eropah yang ingin membeli dan menjual barangan mereka dalam talian.
Applikasi Shopee telah dimuat turun sebanyak 200 juta kali dan menyaksikan pesanan kasar melonjak 92.7% kepada 246.3 juta pada Q2 2019, berbanding 127.8 juta setahun lalu. Nilai barangan kasarnya juga melonjak 72.7% kepada US$3.8bil pada 2Q19 daripada US$2.2bil setahun yang lalu.
Sumber: Wikipedia.org