Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan atau dikenali sebgai BKM sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.
Baca Juga: Bantuan Payung Rahmah Bantu Kos Sara Hidup B40
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Tarikh Bayaran
STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.
Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.
Jumlah Bayaran Fasa 1

Kategori Penerima
Semakan Status
Semakan status pembayaran mulai pada 17 Januari 2023.
Maklumat lanjut di portal rasmi STR melalui pautan >>> https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Sumber dipetik:
PortalMalaysia