Harga Kawalan Beras Malaysia – Aduan Kenaikan Terkini 5kg, 10kg

Kongsikan Artikel ini


Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia dan oleh itu kita mestilah cakna mengenai turun naik harga beras di negara kita.

Harganya ditentukan dari segi jenama, gred, jenis dan sebagainya.

Sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras jepun.

Majoriti beras putih adalah beras putih tempatan, manakala bakinya beras putih import.

Beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import dimana jurang perbezaan keduanya adalah kecil.

Beras wangi biasanya menjadi pilihan masyarakat Cina, beras basmati menjadi pilihan restoran mamak dan Arab, beras pulut untuk dijadikan kuih muih, ketupat atau lemang, dan beras jepun di restoran Jepun.

Kerajaan sentiasa memahami serta prihatin akan nasib pengguna yang tidak mendapat keadilan semasa urusan jual beli. Berikutan dengan harga beras import dan tempatan yang di jual mahal pada masa sekarang.

Satu pemantauan khas harga beras akan dilakukan pada setiap hari bermula pada 11 September 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).

TERKINI : Penjelasan Tentang Kenaikan Harga Terkini Di Malaysia (September 2023)

Dalam bulan ini, media sosial telah digembar-gemburkan dengan kenaikan harga mendadak.

Penjelasan Isu Kenaikan Harga Beras (September 2023)

Apa yang perlu anda tahu?

  • Tahukah anda ada 2 jenis beras yang dijual di pasaran?
  • Kenapa harga beras import naik begitu tinggi?
  • Apa kesan kenaikan harga beras import kepada beras tempatan?
  • Apakah risiko jika perbezaan harga beras import semakin tinggi berbanding beras tempatan?
  • Apa langkah kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan beras tempatan?

Sila rujuk penjelasan lanjut oleh Mat Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang telah menerangkan isu ini melalui media sosial beliau pada 9 September 2023.

KPKM telah melancarkan talian hotline 03-8870 1751 / 1748 / 1183 bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka.

Laporkan Pada Yang Ambil Kesempatan!

Jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga beras yang tidak mengikuti harga standard, kita sebagai pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku.

Kita perlu ambil peduli dengan melaporkan di Ez Adu. Jadi pengguna berhemah, aduan anda itu semestinya memanfaatkan untuk semua masyarakat.

Akta Kawalan Harga Beras Di Malaysia

Bagi yang tidak tahu, beras adalah merupakan barang terkawal.

Oleh itu peniaga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati terutamanya bagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5). 

Harga kawalan maksimum beras putih tempatan telahpun termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan_Padi dan_Beras 1994 (Akta 522).

Walaubagaimanapun, harga untuk beras putih import tidak termasuk dalam akta tersebut.

Harga Beras Import & Harga Di Sabah / Sarawak

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, harga beras tempatan negara masih ikut standard. Dan harga ini kekal sejak tahun 2008 lagi. Bukan itu sahaja, malah ianya yang terendah di rantau ini.

Dan beras import yang mengalami kenaikan harga itu, bukan semata-mata untuk menguntungkan sebelah pihak sahaja. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum harga itu dinaikkan.

harga beras malaysia import tempatan terkini

Adalah menjadi satu kesalahan jika menukar label atau bungkusan beras tempatan. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730].

Hal ini untuk memastikan bahawa pengguna mendapat maklumat yang tepat mengenai produk beras tempatan. KPDN juga menegaskan kepada mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Mari bersama-sama memastikan bahawa label dan bungkusan beras tempatan adalah benar, dan hak kita sebagai pengguna dapat dilindungi.

Artikel terkini: Harga Telur Terkini – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu

Harga semasa

Berikut merupakan harga maksimum jualan secara borong dan runcit

  • Subruang (i) – Negeri Kedah dan Perlis, daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dalam Pulau Pinang, daerah Krian dalam Negeri Perak, daerah K. Selangor dan Sabak Bernam dalam Negeri Selangor dan Negeri Kelantan, dikecualikan daripada daerah Gua Musang
  • Subruang (ii) – Negeri Terengganu, Pulau Pinang dan Perak, dikecualikan daripada Negeri-negeri itu daerah yang dimasukkan dalam Wilayah yang
    disebutkan dalam subruang (i)
  • Subruang (iii) – Wilayah Persekutuan, dan Negeri Selangor, dikecualikan daripadanya daerah K. Selangor dan Sabak Bernam
  • Subruang (iv) – Negeri Sembilan dan Melaka
  • Subruang (v) – Negeri Johor, Negeri Pahang dan Daerah Gua Musang dalam Negeri Kelantan
  • Subruang (vi) – Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kuching, Bintulu, Sibu dan Wilayah Persekutuan Labuan

Semakan Harga Terkini Beras 5kg & 10kg

harga beras malaysia import tempatan terkini

Harga ini sememangnya ada naik dan turunnya bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain.

Walaupun jenis dan jenama yang sama, dua kedai runcit yang berlainan juga boleh menjual beras yang sama pada harga yang berlainan.

Antara laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan harga beras terkini adalah Iprice melalui pautan https://iprice.my/groceries/rice/

Aduan Harga

Seandainya saya mempunyai aduan mengenai salah laku mengenai isu beras, agensi mana yang patut saya adu ?

harga beras malaysia import tempatan terkini aduan

Anda boleh terus menghubungi Kementerian Kawalselia Padi dan Beras , Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui https://eaduan.kpdn.gov.my/ atau terus melalui Whatsapp di talian 019-2794317 / 019-8488000 (rujuk info dalam poster di atas)

Selain itu, KPKM juga telah melancarkan talian hotline 03-8870 1751 / 1748 / 1183 bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka.

Ayuh, laporkan peniaga yang ambil kesempatan!

Jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga beras yang tidak mengikuti harga standard, kita sebagai pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku.

Kita perlu ambil peduli dengan melaporkan di Ez Adu. Jadi pengguna berhemah, aduan anda itu semestinya memanfaatkan untuk semua masyarakat.



Sumber dipetik eCentral[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *