Harga RON97 turun 20 sen, RON95 & diesel kekal tidak berubah

Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.99 kepada RM3.00 seliter bagi tempoh 16 Disember hingga 22 Disember.
Kongsikan Artikel ini

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja - FILE PIX

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja – media

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen daripada RM3.75 kepada RM3.55 seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal tidak berubah untuk minggu bermula esok hingga 21 Dis.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, berkata harga siling RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa.

Ia menambah, harga runcit RON97 telah diturunkan sejajar dengan pergerakan harga pasaran semasa.

Harga tersebut ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *