Harga Roti Gardenia Disemak Harga Mulai 1 Disember

Kongsikan Artikel ini
Roti Gardenia
Sumber: Astroawani

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar produk roti Gardenia akan menyemak semula harga produknya bermula 1 Disember ini.

Dalam kenyataannya, Gardenia berkata peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan, yang di luar kawalannya, telah meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga.

Katanya, semakan harga itu membabitkan produk-produk, dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.

“Harga produk lain yang disemak semula juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

“Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan,”katanya.

“Bagi Gardenia KL, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.

“Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan,” katanya.

Berikut sebahagian daripada 38 produk  harga baru bakal berkuatkuasa mula 1 Disember 2021 seperti semakan harga yang dilaporkan dihantar kepada peruncit,

Jenis Produk RotiHarga Baru
Roti Classic Original GardeniaRM2.80
Roti Classic Jumbo RM4RM4.00
Roti Bonaza Big ValueRM3.10
Roti Bijirin Gandum Penuh GardeniaRM3.60
Roti Sambal BilisRM1.30
Roti Krim Quick BiteRM1.00
Roti Delicia dan Toast-em merangkumi roti Butterscotch dan Choco Raisin,RM5.00

Sumber: Astroawani