Harga Runcit Petrol RON95 Kekal

Kongsikan Artikel ini

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, begitu juga dengan diesel (RM2.15 seliter). Manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.08 kepada RM3.05 seliter berkuat kuasa esok 25 November sehingga 1 Disember depan seperti diumumlan Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan itu lagi, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel biarpun harga pasaran sebenarnya telah meningkat melebihi harga siling ditetapkan.

Kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber: Kosmo, KPDNHEP