Tidak dinafikan segelintir masyarakat di Malaysia ini mula merasakan beban apabila kos sara hidup mula meningkat.
Perkara ini adalah disebabkan beberapa harga barangan seperti makanan mula meningkat hingga menyebabkan masyarakat khususnya B40 terkesan.
Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan kerajaan agar masyarakat dengan pendapatan kecil seperti B40 masih dapat membeli makanan yang berkualiti dan sihat.
Petai berharga RM113.90 jadi perhatian
Terbaharu, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @ladyrara017 memaparkan beberapa bekas petai dengan tanda harga yang begitu mahal dipercayai di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan, perakam tersebut berasa terkejut dan keliru apabila melihat petai yang dijual dalam satu bekas berharga RM113.90.
Malah jika dilihat, berat petai yang sudah dikupas kulitnya itu dipercayai tidak melebihi daripada 300g.
Bimbang jika tersalah lihat, petai mungkin kualiti premium
Pemilik video turut tertanya-tanya adakah dia tersilap melihat harga petai tersebut kerana ia sangat mahal.
“Adakah saya tersalah tengok? Petai sangat mahal sekarang? Inflasi,” tulisnya.
Jika dilihat di dalam deskripsi harga itu, petai tersebut dipercaya berasal dari Malaysia atau Thailand dengan pelbagai saiz dan daripada kualiti tinggi (premium).
Penularan video tersebut di media sosial, ternyata telah menarik perhatian netizen apabila mereka turut membincangkan tentang harga petai terbabit.

Namun semakan kami di laman vendor yang menjual barangan di pasar raya berkenaan secara online mendapati harga purata bagi 100g Petai adalah sekitar RM13 hingga RM15.
Melihat di ruangan komen kerana harga yang mahal ada yang menyatakan mereka akan mula menanam pokok petai di belakang rumah.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan harga RM113.90 yang dipaparkan bagi satu kilogram. Ini bermakna jika benar harga bagi sebekas petai seberat 100g bernilai RM11.30.
“Ia bukan petai biasa”

“Saya akan mula menanam pokok petai di belakang rumah”

“Mungkin ada emas kot dalam tu”

“Ni petai T20”

Sumber dipetik:
Source link