Hasil siasatan pemandu Wira Aeroback langgar lari warga Indonesia, tiada lesen memandu yang sah

Kongsikan Artikel ini


Hasil siasatan mendapati pemandu Proton Wira Aeroback yang terbabit dalam kejadian langgar lari merupakan seorang warga Indonesia yang didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Pemandu terbabit berumur 27 tahun telah menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan ditahan polis pada 6.30 petang semalam.

Menurut sumber beliau dikatakan terpaksa melarikan diri kerana bimbang dipukul orang ramai selain tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Bagaimanapun lelaki terbabit mempunyai dokumen perjalanan sah dan dia tinggal di Pokok Sena, Kedah.

Hasil semakan nombor pendaftaran kereta terbabit merupakan milik abang iparnya yang berada di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan penahanan pemandu kereta terbabit dan suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk direman.

Dalam kejadian langgar lari semalam telah mengorbankan nyawa seorang pegawai Jabatan Imigresen di Kilometer 83.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dipetik Harian Metro.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Samsudin, 46, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta sehingga dia terbabas ke lorong kecemasan.

Rakannya, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Zaili Nizam Muhammad, 43, yang tidak sempat mengelak motosikal Muhammad Nizam patah kaki kanan.

Susulan daripada itu, polis berjaya mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sebuah Proton Wira Aeroback bernombor pendaftaran TAC 5688 di Plaza Tol Gurun.

Pemandu kereta berwarna perak yang mempunyai kesan kerosakan di bahagian hadapan itu dipercayai melarikan diri selepas melanggar mangsa.

Baca juga: Polis buru pemandu Wira Aeroback TAC 5688 langgar mati pegawai Imigresen

Baca juga: Cemburu bekas pasangan ada teman lelaki baru, lelaki sanggup suap anak yogurt beracun

[DTV] FIRST LADY DARI NERAKA



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *