Hidangan ‘fish and cheap’ ini buat warganet terhibur

Kongsikan Artikel ini


Hidangan ‘fish and chips’ versi mampu milik atau ‘fish and cheap’ yang dikongsikan di media sosial ini membuatkan warganet terhibur.

Lengkap berserta secawan kopi, orang ramai ada berseloroh menganggap itu sebagai air Americano.

“Sedap dapat ikan seketul”, kata netizen manakala ada yang mengusik, “The real fish”.

Dalam masa sama, ada yang membuat cadangan supaya juadah yang berasaskan ikan dan kentang goreng itu lebih mencetuskan jenaka.

“Nak lagi kelakar patutnya fries tu ganti dengan keropok kentang je. Baru betul ‘fish’ and ‘chips‘,” tulis Yusuff Zulqarnain.

Untuk rekod, juadah ‘fish and chips’ yang berasal dari United Kingdom menggunakan ikan kod sebagai ramuan utama makanan terbabit.

Baca juga Mungkin letih seharian bersekolah, aksi murid ini berbaring atas rumput sambil makan ais krim memang sempoi

Baca juga Nama digugurkan daripada drama swasta, ibu bimbang kerjaya Puteri Balqis terjejas



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *