Idea Unik Tarik Pelanggan ke Freshmart

Kongsikan Artikel ini
Selebat Zuhur Freshmart, Pendang Kedah.

Idea unik peniaga Selebat Zohor Freshmart dari Pendang Kedah ini menjadi viral bagaimana idea geniusnya telah berjaya menarik ramai pelanggan ke kedainya di Kampung Air Puteh Dalam, bersebelahan Taman Bidara Pendang, Kedah.

Beliau mencetus idea menarik ini dengan menyediakan set masakan serendah RM5 hingga RM50 dan juga mengikut bajet pelanggannya. Set paling murah iaitu set mee goreng untuk 5 orang hanya RM5 sahaja,…jimatkan! Bukan itu sahaja cara ini juga membantu surirumah mendapatkan idea untuk menyediakan masakan apa untuk hari tersebut

idea unik set masakan
Set Masakan – Selebat Zuhur Freshmart, Pendang. Kredit FB Selebat Zuhur

Bergantung pada harga harian, set-set masakan yang dijual habis diborong pelanggannya yang mempunyai ramai follower di FB. Beliau menjadikan media sosial Fb sebagai medan tempat beliau untuk mengemaskini barang jualannya setiap hari dan menggalakan pelanggan membuat tempahan awal untuk elak kehabisan.

Baca jua artikel : Tukar kad debit Maybank secara online

Waktu urusan perniagaan barangan basah ini adalah dari jam 9.00 pagi – 12 tengahari. Selebat Zuhur Freshmart juga menyediakan perkhimatan COD untuk pelanggannya di sekitar Pendang.

Antara reaksi balas pelanggan Selebat Zuhur.

Rata-rata pelanggan amat bepuashati dengan set masakan yang dijual pada harga murah dan konsep pemasaran yang digunakan.

Sumber: FB Selebat Zuhur