Ini Adalah Jumlah Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Kategori | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini


STR Fasa 4 adalah bayaran terakhir dalam salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti kita.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berikut merupakan jumlah bayaran STR Fasa 4 mengikut kategori. Sila pastikan anda dalam kategori mana?

1. Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada Anak RM200
1 – 2 Anak RM600
3 – 4 Anak RM900
> 5 Anak RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada Anak RM0
1 – 2 Anak RM0
3 – 4 Anak RM300
> 5 Anak RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas) RM200
4. Bujang 21 – 59 Tahun RM0
5. Bujang OKU (19 – 59 Tahun) RM0

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 4 ini dibayar secara berkala pada NOVEMBER 2023. Mungkin juga akan dimasukkan awal jika tiada masalah.

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.

Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Semakan Status STR Fasa 4

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747


Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *