Pendakwah bebas dan bekas penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad dalam hantaran di Instagramnya sekali lagi mengupas isu mengenai vaksinasi.
Hantaran itu dimuat naik untuk mengulas isu kepentingan vaksin kepada rakyat Malaysia. Seperti yang semua tahu, Suhaimi dan keluarganya masih belum mendaftar untuk suntikan vaksin.
Malah dia mengakui mengamalkan amalan tradisional dan sunah nabi untuk mengekalkan kesihatan. Dalam hantaran terbaru, Suhaimi mempersoalkan syarat untuk menunaikan solat dan haji dimana jemaah perlu melengkapkan dua dos suntikan.
‘Kini sedar atau tidak, satu lagi bid’ah paling dholalah yang mereka perkenalkan iaitu syarat sah solat yang baru. Tak vaksin, tak boleh solat berjamaah dan Jumaat di masjid.
‘ss nak tanya, masuk kuil,gereja dan rumah rumah ibadah lain pun macam tu ke? tanya je..
Suhaimi juga berkata, pemakaian topeng muka serta penjarakn sosial ketika solat berjemaah seperti satu agenda jahat yang merosakkan akidah.
kalaulah dalam badan kalian telah ada sesuatu yang haram atau syubhat.
saf saf kalian telah berjarak,
muka pula ditutup ketika solat,maka apakah kalian fikir Allah akan mendengar doa doa kalian dan akan membantu kalian untuk menang dan selamat?
Ini jelas bukan maslahah.
inilah fitnah yang mereka rancangkan untuk merosakkan aqidah dan agama kita.
Fitnah Dajjal.
Terdahulu Suhaimi turut memberikan kenyataan dimana kerajaan kini gagal menjalankan tugas dengan baik, dimana katanya rakyat dipaksa untuk mengambil vaksinasi.
ARTIKEL BERKAITAN: