Setiap kali tibanya Hari Raya sudah tentu ibu bapa akan mula sibuk mempersiapkan barang keperluan untuk beraya.
Bagi kanak-kanak pula antara perkara yang menarik selain memakai baju baru di hari raya sudah tentulah duit raya. Sebut sahaja nak beri duit raya pasti mereka sudah beratur dan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya.
Kanak-kanak beri duit raya di sekolah
Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku pada satu video tular ini apabila kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang memberi duit raya kepada rakan-rakannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aashrafaffendii kelihatan satu barisan kanak-kanak memakai baju sekolah rendah beratur sambil menunggu rakannya memberikan sampul duit raya.
Sebelum duit raya diberikan rakan-rakannya akan bersalaman dan mencium tangan pemberi persis seperti apa yang dilakukan oleh mereka kepada orang dewasa. Selepas bersalaman barulah duit raya diberikan.
Pelajar pakai jam biru curi perhatian ramai
Namun apa yang mencuri tumpuan adalah gelagat seorang kanak-kanak yang memakai jam berwarna biru apabila si pemberi pula yang mencium tangannya berbeza dengan rakan-rakan yang lain.
Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai terhibur dan menyifatkan kanak-kanak memaki jam biru itu sebagai ‘ayahanda’ kerana si pemberi tunduk mencium tangannya.
“Satu hari nanti aku nak tengok kau jadi Ayah betul dik, besar betul pengaruh kau dik semua cium tangan, terbaik. Respect dengan master”

“Jam biru tu ayah paduka ke?”

“Jam biru taiko. Dia je orang kena salam cium tangan”

“Aku ni dah lebih 22 jam tak tidur layan video TikTok ni makan bertambah segar, jam biru paling ayah”

Sumber dipetik:
Source link