Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diteruskan pada tahun 2023. Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) dalam sidang Dewan Rakyat.
Bagi tahun 2023, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga RM2,500 bakal dilaksanakan, iaitu jumlah tertinggi setakat ini bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.
Apa itu BKM 2023?
BKM 2023 ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.
Kategori dan Jumlah Bantuan

Berikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM 2023 yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2023.
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : Lebih 5 Anak
- RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak


- Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
- RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

- Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
- RM600 / RM350 (Bergantung pendapatan)

- RM500 Tambahan BKM
- Bantuan tambahan untuk Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Permohonan dan Kemaskini
Dijangkakan permohonan baharu dan kemaskini maklumat penerima sedia ada akan mula dibuka pada awal tahun hadapan melalui laman berikut;
Pengumuman rasmi akan dimaklumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu BKM?
Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2023 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Cara membuat Permohonan BKM 2023?
Buat masa ini, Kerajaan belum lagi memaklumkan tentang permohonan BKM 2023 memandangkan ia baharu sahaja dibentangkan dalam Bajet 2023.
Namun, jika dilihat kepada BKM 2022, cara permohonan adalah sebagaimana berikut;
- Permohonan Secara Dalam Talian Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
- Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
- Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BKM 2023 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat pada BKM 2022?
Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2023. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.
Pembentangan Bajet 2023
Bajet 2023 merupakan kesinambungan usaha kerajaan memulih dan memantapkan ekonomi dengan pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis dalam memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan, serta memacu pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan.
Tema yang dipilih untuk belanjawan 2023 ialah “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”, dan ianya berpaksikan empat (4) fokus iaitu :
- Kesejahteraan Rakyat
- Kelangsungan Perniagaan
- Kemakmuran Ekonomi
- Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan
Bajet 2023 ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia dalam usaha kerajaan menangani inflasi dan pemulihan ekonomi ke arah kesejahteraan rakyat.
Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.
Semoga dengan pengumuman BKM 2023 ini dapat membantu memulihkan kembali ekonomi Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup di era pasca pandemik COVID-19.
Soalan Lazim Bantuan Keluarga Malaysia
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
RM350 hingga RM3000 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Dijangkakan awal tahun hadapan. Kerajaan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2023. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.
Lihat juga intipati dan senarai bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2023