Kanabis ada keperluan untuk rawat penyakit tertentu

Kongsikan Artikel ini

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan untuk Malaysia mengikuti langkah lebih 40 negara lain membenarkan penggunaan kanabis yang didapati berkesan jika digunakan terhadap beberapa jenis penyakit, dipetik Kosmo.

Ketua Fakulti Perubatan Universiti Mahsa, Prof. Dr. Muhamad Hussain Habil berkata, sebahagian pakar dan pengkaji perubatan di negara ini juga berpandangan demikian.

Muhammad Hussain Habil

“Pengalaman saya lebih kepada masalah autisme atau autism spectrum disorder (ASD). Kedua, gangguan penyakit kronik (chronic pain disorder) iaitu mereka yang mengalami sakit tanpa mengetahui puncanya.

“Penyakit ini selalunya mereka sudah cuba pelbagai jenis ubat, tetapi masih buntu untuk pulih. Maka kita cadangkan kanabis cannobidol (CBD),” katanya pada sidang media Persidangan Antarabangsa Bagi Membincangkan Hala Tuju Penggunaan Kanabis Bagi Tujuan Perubatan di ibu negara hari ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS).

Muhamad Hussain berkata, bahan dari kanabis juga membantu pesakit yang mengalami kemurungan berterusan dan mereka yang mengalami masalah penyakit saraf atau Parkinson.

Ujar beliau, cuma sedikit perubahan ke atas polisi kerajaan diperlukan untuk membolehkan penggunaan kanabis dalam bidang perubatan di negara ini.

“Bagaimanapun, satu mekanisme perlu diwujudkan agar tidak berlaku penyalahgunaan bahan tersebut dengan syarat yang diperketatkan,” katanya.- lapor KOSMO! ONLINE

Baca juga:

Denda menanti mana-mana rakyat Malaysia positif dadah selepas pulang dari Thailand akan diambil tindakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *