Kerap ‘bersama’ merupakan punca utama lelaki berperut buncit

Kongsikan Artikel ini

Eh betul ker, jawapannya TIDAK.

Kerap ‘bersama’ bukanlah merupakan punca utama lelaki berperut buncit, kata Dr Raihana Ismail pada perkongsian di akaun TikTok @drraihanaismail. Ada penjelasan saintifik mengenai gejala perut buncit.

Kerap 'bersama' bukanlah merupakan punca utama lelaki berperut buncit tetapi kurang bersenam.
Kerap ‘bersama’ bukanlah merupakan punca utama lelaki berperut buncit

Sumber TikTok @drraihanaismail

Ada juga kita terdengar mengenai kisah lelaki yang baru berkahwin selalunya akan mengalami gejala perut buncit ini.

Kebanyakannya mengaitkan faktor sang isteri yang pandai memasak sehinggakan suami tidak mampu menolak nafsu makan lalu menjadikan mereka berubah bentuk badan berbanding waktu bujang dahulu.

Baca juga: Doktor hadiah bunga kepada pesakitnya

Sebenarnya, ada penjelasan saintifik tentang mengapa lelaki berperut buncit atau ‘boroi’ seperti yang dijelaskan oleh seorang pakar perubatan ini dalam video TikTok @drraihanaismail

Menurut Dr Raihana, lelaki buncit dikaitkan oleh keadaan rembesan estrogen berlebihan yang didapati daripada makanan dalam tin seperti sardin, susu pekat manis dan pengambilan makanan dan minuman tinggi kandungan gulanya.

Menurutnya lagi, faktor bahan kimia seperti paraben dan benzoil peroksida yang terdapat dalam alat penjagaan diri seperti deodoran dan minyak wangi turut menjadi punca kepada gejala ini.

Tambahnya lagi, jika penhasilan estrogen dalam kalangan kaum lelaki lebih tinggi berbanding testosteron, tahap kesuburan dan penghasilan sperma juga mungkin terganggu.

Sebagai jalan terbaik bagi lelaki yang ingin mengurangkan kebuncitan, pengambilan makanan yang lebih sihat dan sentiasa bersenam adalah dua perkara yang WAJIB dilakukan.

Jadi, kerap ‘bersama’ bukanlah merupakan punca utama lelaki berperut buncit OK! Sumber: TikTok @drraihanaismail, beautifulnara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *