Kertas siasatan mengenai perhimpunan di hadapan dua kedutaan hampir selesai

Kongsikan Artikel ini


KUALA LUMPUR- Dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan kedutaan Belanda dan Sweden pada 27 Jan lepas hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Rabu ini.

“Setakat ini, kenyataan telah direkodkan daripada 14 individu,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim pada sidang media di sini hari ini.

Perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang itu diadakan bagi membantah tindakan ahli politik ekstremis sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini. – BERNAMA

Ezoiklaporkan iklan ini


Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *