
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan jumlah kes covid 19 kepada 5,446 kes terkini di Malaysia sehingga 9 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari). Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 55 kes berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Khamis memaklumkan, daripada jumlah itu, 88 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,358 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Menurutnya, jumlah terkumpul kes positif Covid-19 ialah 2,678,465 kes. Sebanyak 20 kes import melibatkan 17 warganegara dan 3 bukan warganegara dilaporkan. Jumlah penularan dalam negara pula ialah 5,426 kes melibatkan 5,066 rakyat tempatan dan 370 warga asing,”katanya.
Tambah beliau lagi, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 419 kes (324 kes disahkan COVID-19 ; 95 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 232 kes (147 kes disahkan COVID-19 ; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.
Beliau turut memberitahu terdapat 17 kluster baru dikenalpasti menjadikan jumlahnya 6,022 kluster. Kluster yang diisytihar tamat pula sebanyak 5,768 manakala jumlah kluster yang masih aktif adalah 254.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my