Tukar Kad Debit Maybank Secara Online

Kongsikan Artikel ini
cara tukar kad debit maybank secara online

Tukar Kad debit Maybank secara online, bagaimana caranya? Kad debit anda tamat tempoh atau akan tamat tempohnya dalam beberapa bulan lagi! Tapi anda tiada masa untuk ke bank atau malas nak beratur panjang di bank, jadi biar kami beritahu caranya. Perlu tukar ka? YA.. kad debit Maybank yang tamat tempohnya tidak lagi boleh digunakan untuk sebarang transaksi. Pihak Maybank ada menyediakan perkhidmatan tukar kad debit secara online ini dan kad tersebut dihantar ke alamat rumah anda. Mudahkan…ikuti bagaimana caranya:

1. Log masuk Maybank2U

cara tukar kad debit maybank secara online
Log in

2. Pilih Settings

cara tukar kad debit maybank secara online
Menu setting

3. Pilih Cards

cara tukar kad debit maybank secara online
Cards

4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block

cara tukar kad debit maybank secara online
Pilih debit card

5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar

6. Pilih Replace Card

7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

Isikan maklumat penghantaran

8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Kad debit Maybank baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sama seperti di cawangan bank, pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda.

Bila kad baharu sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran iaitu sama ada di ATM Maybank atau secara dalam talian.

Bagi anda yang ingin mengaktifkannya di mesin ATM, ikuti langkah di bawah ini.

1.Masukkan kad

2.Pilih bahasa

3.Masukkan nombor PIN

4.Pilih Transaksi lain

5.Pilih Perkhidmatan lain

6.Tekan skrin berikutnya

7.Tekan pada Pengaktifan Kad

Manakala, bagi yang ingin mengaktifkan secara dalam talian, ikuti langkah di bawah ini.

1.Log masuk laman web Maybank2U

2.Klik Settings

3.Klik Cards

4.Klik Manage Debit Cards

5.Klik Activate

Kad debit ini hendaklah diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas diterima. Jika gagal, anda perlu membuat permohonan baharu dan caj RM 12 akan dikenakan.

Anda boleh juga menggunakan PIN yang sama atau menukarnya di mana-mana mesin ATM Maybank. Sekian terima kasih.

Sumber: Maybank2U, mermyman
Baca juga: Alip Ba Ta