Ketua Menteri Melaka ke 13|Sulaiman Selesai Angkat Sumpah

Kongsikan Artikel ini

Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13

MELAKA, 21 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, awal pagi ini.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan secara tertutup di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

Dilaporkan antara  yang hadir adalah Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini telah dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ini merupakan kali kedua beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada tahun lepas.

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah! Kemenangan di Lendu adalah cerminan harapan rakyat Melaka untuk sebuah kerajaan yang stabil di Negeri Melaka. Terima kasih pengundi N.04 Lendu dan pengundi di Negeri Melaka kerana memilih Barisan Nasional, berkongsi ciapan di laman Fb beliau.

FB DS Sulaiman Mohd Ali

Menurutnya lagi, mandat yang diberikan rakyat Melaka sama sekali tidak akan dihampakan dalam menggalas amanat dan memasyhurkan Melaka ke satu tahap yang lebih tinggi.

Sumber: Kosmo.com.my, Bernama, FB DS Sulaiman