Inai atau nama nama botaninya Lawsonia inermis, merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut dan kuku. Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Inai adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Ia dipercayai mempunyai sifat antibiotik, malah bertindak sebagai agen antibakteria, antikulat dan astringen.
Dalam adat perkahwinan masyarakat melayu khasnya terdapat majlis malam berinai dikaitkan dengan penggunaan inai pada majlis tersebut.
Inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Namun bagi pengantin lelaki, inai hanya diletakkan pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. |kredit: story.wedding
Di sini kami ingin paparkan perkongsian oleh Elly Aziz mengenai petua dan manafaat daun inai buat anda semua.
1. Merawat Dalaman Wanita.
Caranya: Rebus lima helai daun sirih dan segenggam daun inai dalam lima gelas air. Rebus sehingga berbaki emapat gelas air. Bolehlah meminumnya segelas setiap pagi. Air rebusan boleh menghilangkan sakit urat dan sengal-sengal badan.
2. Sembuhkan Luka dan Kudis (kuku), Bisul dan Kulit.
Caranya: Tumbuk daun sehingga hancur. Sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.
3. Merawat Sakit Perut.
Caranya: Minum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
Artikel lain:
- Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
- 10 manfaat buah limau kasturi
- Petua hilangkan batuk berpanjangan
4. Merawat Kebotakan.
Caranya: Rebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
5. Melancarkan Haid, Keputihan dan Lepas Bersalin.
Caranya: Jus inai dapat merawat masalah pendarahan berlebihan (haid), melancarkan haid dan nifas, mengawal keputihan serta lenguh-lenguh badan. Tumbuk segenggam daun inai sehingga jadi pes. Bancuh pes inai dalam segelas air suam, tapis dan minum setiap pagi selama 3 hari berturut-turut.Rawatan ini juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
6. Merawat Sakit Kepala dan Kelemumur.
Caranya: Tumbuk segenggam atau lebih daun inai. Campurkan sedikit air, lumur diseluruh kepala. Biarkan hingga kering dan bilas.
7. Merawat Bengkak Gusi dan Sakit Tekak.
Caranya: Rebus segenggam daun inai. Kumur setiap pagi dan malam sebelum tidur dengan air rebusan inai.
Selamat mencuba, semoga bermanafaat.