‘Kita tidak undi anak, bini wakil rakyat campur tangan, buat jenayah’, tokoh wartawan ini dedah ada isteri YB melenting bila ditegur

Kongsikan Artikel ini


Tokoh wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menegaskan rakyat tidak sama sekali mengundi untuk ahli keluarga wakil rakyat mencampuri urusan pentadbiran negara apatah lagi melakukan jenayah.

Beliau berkata, prinsipnya mudah sahaja berkenaan amalan demokrasi di negara ini.

“Kita pilih wakil rakyat supaya mereka boleh jadi Ahli Dewan Rakyat dan Adun, dilantik jadi Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri dan Exco.

“Kita tidak sekali-kali pilih anak, bini, cucu dan cicit mereka untuk campur tangan dalam pentadbiran negara apatah lagi melakukan jenayah, merompak dan menjarah duit rakyat jelata,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kadir Jasin

Mengimbas pengalamannya sebagai wartawan beliau memberitahu salah satu cabaran yang terpaksa ditangani dengan penuh hati-hati dalam perhubungan dengan para pembesar adalah melayan isteri mereka.

“Lebih-lebih lagi apabila pembesar itu seorang Perdana Menteri atau Menteri. Pernah saya temui dalam kelompok ini suami yang tidak langsung benarkan isteri menonjol apatah lagi masuk campur dalam urusan kerjanya.

“Keadaan jadi lebih rumit apabila si isteri pula ada kerjaya atau kegiatan sukarela sendiri yang menarik perhatian media massa.

“Seorang Menteri kanan kerajaan Dr Mahathir Mohamad (waktu dia memimpin Barisan Nasional) sangat tegas dalam hal ini. Dia hanya membenarkan isteri dia muncul dalam media massa berkaitan kegiatan sukarela bukan politik saja.

“Saya rasa banyak wartawan dan pengarang setuju yang kita tidak ada apa-apa masalah dengan isteri kebanyakan Perdana Menteri. Kebanyakan mereka sangat sederhana dan “low profile”. Media pun sayang kepada mereka,” katanya.

Kadir menambah dari jarak jauh dan dekat, beliau kenal dengan isteri semua Perdana Menteri Malaysia dan di sana sini terlibat dengan kegiatan rasmi dan tidak rasmi mereka, khususnya yang berkaitan kesukarelawan.

“Yang jadi masalah rumit dan “ultimate” apabila isteri kawal suami, suami guna isteri atau saling guna menggunakan untuk tujuan di luar bidang tugas rasmi.

“Mana yang saya boleh nasihat atau yang saya peduli, saya nasihatlah. Kebanyakan secara sulit dan peribadi tapi ada juga yang saya “sindir” dalam tulisan.

“Ada yang melenting bila saya tulis, kata dah berkahwin lebih sekali pun tak tahu kawal bini lagi. Tapi mereka tak berani komplain terus kepada saya.

“Mereka komplain kepada orang lain yang ada akses kepada saya atau mereka kerah laskar siber serang saya,” ujar Kadir lagi.

Baca juga Sekarang minta Agong ampunkan selepas macam permain perintah Raja-raja – Tokoh wartawan ini imbas balik apa berlaku zaman PM Najib

Baca juga Cuba hidupkan anak dengan lumurkan garam, percaya sangat dengan mesej dalam media sosial



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *