KP Kesihatan : Janji temu dos penggalak melalui SMS, MySejahtera

KP Kesiahatan : Janji temu dos penggalak melalui SMS, MySejahtera
Kongsikan Artikel ini
KP Kesiahatan : Janji temu dos penggalak melalui SMS, MySejahtera
Gambar hiasan: MySejahtera media sosial

KUALA LUMPUR – Janji temu bagi penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon pintar ataupun melalui aplikasi MySejahtera bagi mempercepatkan lagi pemberian dos itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa peka dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh janji temu yang diberikan dan memberi maklumbalas

Sekiranya bersetuju menerima dos penggalak atau tidak.

“Sekiranya terlepas tarikh janji temu yang diberikan, adalah disarankan agar menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk pendaftaran senarai menunggu,” katanya.

Menurut laporan sehingga semalam sebanyak 3,944,858 dos penggalak Covid-19 telah diberikan sejak pemberiannya diluluskan pada November lepas.

Dr Noor Hisham berkata pemberian dos penggalak dimulakan dengan kelompok tertentu iaitu individu berusia 40 tahun dan ke atas; individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi; penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang, ibu mengandung dan individu dengan keperluan ke luar negara.

Mengenai status terkini jangkitan Covid-19, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baharu Covid-19 pada Rabu kembali menurun di bawah paras 4,000 iaitu 3,900 kes, berbanding 4,097 kes semalam (Selasa).

Beliau berkata, kes sembuh pula merekodkan 4,552 kes.

“Daripada 3,900 kes baharu dilaporkan hari ini, 86 kes atau 2.2 peratus adalah dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima, manakala 3,814 kes atau 97.8 peratus terdiri daripada Kategori Satu dan Dua,” katanya.

Kredit Penuh :sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *