KWSP Kini Benarkan Ahli Guna Simpanan Akaun 2 Melalui i-Lindung: Mohon Secara Online Sahaja | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian, Jabatan atau Yayasan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Semak juga : (TERKINI) Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Dibenarkan Bermula Disember ~ Semak Sekarang!

Dalam perkembangan lain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya telah memperkenalkan platform dikenali sebagai i-Lindung kepada semua ahlinya.

i-Lindung pada asasnya adalah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) daripada setiap Akaun 2.

Melalui PPA ini, ahli kini dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.


Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli);
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

Mohon juga: TERKINI : Semakan Ekasih 2022: Cara Daftar Online & Senarai Jenis Bantuan ¬ Mohon Sekarang !!

Cara Menggunakan i-Lindung

Bagi beliau yang mempunyai syarat-syarat kelayakan dan ingin membeli produk SIT melalui i-Lindung, ia boleh dilakukan dengan prosedur berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  • Klik pada tab i-Lindung;
  • Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  • Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  • Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  • Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

Dimaklumkan bahawa perlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Protection.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dibuat serta-merta dan mungkin akan  mengambil masa dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil akan kekal aktif melainkan pembayaran ditolak.

Untuk maklumat lengkap tentang i-Lindung, boleh rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI. 





Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *