Lebih 7 Juta Tenaga Buruh Tiada Caruman Untuk Masa Hadapan – KWSP

Kongsikan Artikel ini


Umum mengetahui, mempunyai wang simpanan bagi kegunaan masa hadapan atau kecemasan amatlah penting.

Tidak dinafikan masalah kewangan juga menyebabkan seseorang itu sukar untuk mempunyai simpanan bagi kegunaan jangka masa panjang.

Ramai masih tidak tahu kepentingan KWSP, enggan mempunyai simpanan

Pun begitu, masih ada segelintir individu enggan mempunyai simpanan tanpa sebarang alasan dan tidak tahu tentang kepentingan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk masa hadapan.

Menerusi satu pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir pada Isnin (8 Mei), jumlah tenanga buruh yang mempunyai caruman masih rendah dan perkara itu amat membimbangkan.

Lebih 7 juta buruh tiada caruman KWSP, majoriti pekerja tidak formal

Ahmad Badri berkata lebih tujuh juta atau kira-kira 14% daripada 16.7 juta tenaga buruh di negara ini tiada caruman KWSP mahupun Skim Pencen Perkhidmatan Awam, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, majoriti tenaga buruh yang tidak dilindungi itu adalah pekerja tidak formal termasuk pekerja bebas dan golongan bekerja sendiri.

Ujarnya lagi, hanya 56% peratus pekerja mendapat perlindungan tersebut dan kadar itu lebih rendah berbanding purata liputan global yang berada pada 68%.

Simpanan hari tua amat penting di saat kegawatan ekonomi

Di zaman ekonomi tidak menentu ini, sudah pasti simpanan hari tua amat penting untuk meneruskan kehidupan selepas bersara apatah lagi pada usia yang sudah lanjut di mana kudrat untuk bekerja lagi sudah tiada.

Apatah lagi kos kehidupan asas seperti perbelanjaan harian dan komitmen tetap masih memerlukan belanja yang besar. Itu belum termasuk di saat kecemasan seperti melibatkan kesihatan.

Jika ditanya mengenai apa yang ingin dilakukan di hari tua, pasti ramai yang menjawab ingin menghabiskan masa berehat atau lakukan hobi yang diminati sahaja.

Namun untuk melakukan semua perkara itu adakah wang simpanan pada waktu tersebut sudah mencukupi?

Rakyat pada hari ini perlu sedar bahawa pencarum yang ada masih bimbang tentang jumlah simpanan yang ada kerana risau tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup akan datang.

Kesedaran tentang caruman KWSP amatlah penting, manfaatkan dengan baik

Oleh yang demikian, kesedaran tentang caruman KWSP adalah penting dan perlu dimanfaatkan dengan baik kerana ia mempunyai jaminan kerajaan yang lebih baik berbanding simpanan atau pelaburan lain.

Untuk pekerja persendirian seperti peniaga, pekerja bebas dan sektor gig, mereka harus memanfaatkan peluang ini dengan membuat caruman secara rela walaupun dengan jumlah yang kecil.




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *