Lebih sibuk rakam motosikal terbakar, daripada turut membantu

Kongsikan Artikel ini

PETALING JAYA – Tular satu video memaparkan seorang pemuda dari Indonesia yang kelihatan tenang memadamkan api sedang membakar bahagian enjin motosikal miliknya.

Menerusi video dikongsikan oleh Biasqyoniba pada media sosial, pemilik motosikal itu turut dibantu seorang lelaki yang memberikannya air menggunakan gayung bagi memadam kebakaran tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyindir perakam video itu yang disifatkan lebih mementingkan untuk membuat rakaman berbanding menghulurkan pertolongan.

“Tidak mengapa. Tindakan merakam adalah perkara yang lebih utama dan paling penting pada masa sekarang. Jika dia tidak merakamnya, maka kita juga tidak akan mengetahui kejadian tersebut,” komen seorang pengguna.

“Ternyata, video mampu membantu memadamkan api. Terima kasih orang baik atas bantuan merakamkan video. Setidaknya, pemilik motosikal tersebut mempunyai video kenang-kenangan,” kata seorang pengguna lain.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang memuji pemilik motosikal tersebut kerana sikapnya yang bersahaja dan tenang meskipun motosikalnya sedang terbakar.

Seorang lagi pengguna TikTok mengingatkan supaya semua penunggang lebih berhati-hati sebelum menggunakan motosikal serta disarankan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu agar keselamatan lebih terjamin.

Video tersebut berjaya meraih 146,900 tanda suka dan lebih lima juta tontonan setakat ini – Sumber: OSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *