Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala rakannya ditemui terdampar di seberang sungai di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala rakannya ditemui terdampar di seberang sungai di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata panggilan kecemasan diterima pada 6.57 petang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi pada 7.30 malam.
Tambahnya, kedua-dua mangsa berusia sekitar 20 tahun itu ketika kejadian sedang mandi di sungai sebelum dibawa arus deras berikutan hujan lebat.
“Seorang daripada mangsa ditemui terdampar di seberang sungai.
“Pencarian mencari mangsa yang hilang juga telah dilancarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA
Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my