Lelaki Turki Kunci Kepala Dalam Sangkar Untuk Berhenti Merokok

Ibrahim Yucel seorang perokok tegar dari Turki
Kongsikan Artikel ini

Semua orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat. Sebab itu ramai perokok ingin berhenti merokok kerana tahu ia membahayakan kesihatan. Bagi perokok tegar bermacam cara dilakukan untuk berhenti tabiat merokok, namun ramai yang kecundang. Ini  kerana, ramai yang tidak mampu mengharungi kesan sindrom nikotin pada fasa awal berhenti merokok.

Ibrahim Yucel seorang perokok tegar dari Turki telah mencuba hampir segala-galanya untuk menghentikan ketagihannya terhadap tembakau. Menurut NyDailynews, beliau  mempunyai tabiat merokok dua pek sehari sejak 26 tahun yang lalu.

Ibrahim Yucel seorang perokok tegar dari Turki
Kredit: NyDailyNews

Selepas bapanya meninggal dunia akibat kanser paru-paru yang disebabkan oleh merokok, dia berjanji kepada keluarga bahawa dia akan berhenti merokok. Dia kemudian memutuskan untuk  mengunci kepalanya dalam sangkar untuk mengelakkan dirinya daripada tabiat merokok.

Menurut laporan, sangkar berkunci itu diilhamkan daripada pemakaian topi keledar oleh penunggang motosikal dengan menggunakan wayar tembaga sepanjang 130 kaki untuk merekanya.

Pada mualnya keluarga Ibrahim agak pelik dengan keputusannya untuk mengunci kepalanya sendiri dalam sangkar bagi menghindari tabiat merokok. Namun menyedari keberhasilan idea ini, seluruh keluarga menyokongnya. Idea peliknya ini bukan sahaja membantunya untuk berhenti merokok malah menjadi lebih popular di sekitar kejiranannya dan tarikan ketika  bersiar-siar di jalanan.

Kredit: NyDailyNews

Sangkar kepalanya hanya akan dibuka apabila Ibrahim pulang ke rumah kerana kuncinya akan ditinggalkan bersama isteri sebelum berangkat ke tempat kerja.

Bagaimana… anda mahu mencuba cuba idea ini!

Kredit: NyDailyNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *