Lokasi Terkini Menu Rahmah Hidangan Berharga RM5

Kongsikan Artikel ini


Lokasi Terkini Menu Rahmah Kasih Sayang, Hidangan Makan Tengahari dan Makan Malam RM5.00

Dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Program Menu Rahmah pada harga yang rendah dan berpatutan.

Menurut Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, lebih 15,000 restoran daripada tujuh persatuan pengusaha makanan dan minuman memberi komitmen mereka untuk menyediakan Menu Rahmah di premis lokasi masing-masing.

Dijangka lebih banyak kedai makan yang akan menyambut inisiatif menu Rahmah ini.

Apa Itu Menu Rahmah?

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub;

“Menu ini dikhususkan kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap masak pada harga munasabah,” 

Penyediaan Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan dengan harga berpatutan iaitu RM5.00.

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Setakat ini libat urus telah diadakan antara wakil-wakil persatuan restoran termasuklah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Menu Rahmah merupakan makan seimbang pada harga RM5
Program Menu Rahmah RM5 Makan Tengahari dan Makan Malam

Menu Rahmah Mydin

MYDIN merupakan antara pengusaha yang  memperkenal Menu Rahmah pada harga istimewa  serendah RM4.90 bagi set makanan tengahari dan makan malam di 28 lokasi cawangan pasar raya besar MYDIN termasuk pengendali restoran dan medan selera mereka.

Menu Rahmah yang disediakan setiap hari juga ditukar dengan masakan berbeza membabitkan ayam, ikan dan sayuran dalam usaha memberikan lebih banyak pilihan kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Berikut merupakan hidangan Menu Rahmah di MyDin

Isnin

Isnin Menu Rahmah Mydin
  • Nasi putih
  • Ayam masak kicap
  • Kacang panjang goreng
  • Air minuman 500ml

Selasa

Selasa Menu Rahmah Mydin
  • Nasi putih
  • Ikan kembung goreng
  • Taugeh masak lemak
  • Air minuman 500ml

Rabu

Rabu Menu Rahmah Mydin
  • Nasi putih 
  • Ayam goreng kunyit
  • Bayam goreng
  • Air minuman 500ml

Khamis

Khamis Menu Rahmah Mydin
  • Nasi putih
  • Sambal ikan
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml

Jumaat

Jumaat Menu Rahmah Mydin
  • Nasi putih
  • Kari ayam
  • Taugeh goreng
  • Air minuman 500ml

Sabtu

Sabtu Menu Rahmah Mydin
  • Nasi putih
  • Ikan masak kicap
  • Kangkung goreng belacan
  • Air minuman 500ml

Ahad

Ahad Menu Rahmah Mydin
  • Nasi putih
  • Ayam sambal
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml

Lokasi Terkini Menu Rahmah

Rakyat kini boleh menikmati menu rahmah RM5 di 15000 lokasi seluruh malaysia

Lebih 15,000 restoran akan menawarkan  menu Rahmah pada harga RM5 untuk B40 di lokasi seluruh negara.

KPDN menyasarkan inisiatif Menu RAHMAH akan disebarluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.

Bagi mengenal pasti restoran atau premis yang menawarkan hidangan ini, pelekat/simbol Menu Rahmah akan dilekatkan di premis terlibat.

Buat masa ini beberapa laporan akhbar dan orang awam berkongsi lokasi yang menawarkan Menu Rahmah adalah sebagaimana berikut;

  1. Mydin 

28 lokasi cawangan pasar raya besar termasuk pengendali restoran dan medan selera mereka.

Mydin Menu Rahmah
  1. Restoran Mamak

Lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.

Lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.
  1. Nasi Kawen D’Royale

Lokasi – Taiping, Perak

Map – https://maps.app.goo.gl/ro3SVNmZapKGFsTL9

Menu Rahmah Nasi Kawen D Royale
  1. Restoran Teratak Ayah Chik

Lokasi Sungai Besar Selangor

Menu Rahmah Restoran Teratak Ayah Chik
  1. Restoran Ali Maju Setapak
Menu Rahmah Ali Maju Setapak
  1. Plonxbox Wowkawkaw Sungai Buloh
Menu Rahmah Plonxbox Wowkawkaw
  1. The Roasted Chicken
Menu Rahmah The Roasted Chicken
  1. RESTORAN BUBUR AYAM MAMA SIGNATURE
Menu Rahmah Bubur Ayam Mama Signature

*Lain-lain lokasi kami akan kemaskini dari semasa ke semasa

Info Lanjut

Sebarang pengumuman terkini berkaitan Menu Rahmah, sila ikuti Facebook KPDN Laman Rasmi 

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Menu Rahmah?

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Berapa harga hidangan bagi Menu Rahmah?

RM5.00 dan ke bawah.

Di manakah lokasi Menu Rahmah di sediakan

– Mydin
– Restoran atau premis yang ada pelekat/simbol Menu Rahmah
– Lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.



Sumber dipetik: Bantuan Rakyat]dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *