Makan anggur elak serangan jantung dan strok

Kongsikan Artikel ini

SACRAMENTO, California – Satu kajian terbaharu menemukan tabiat memakan anggur boleh membantu mencegah serangan jantung dan angin ahmar, lapor akhbar Daily Mail.

Sepasukan penyelidik dari California, Amerika Syarikat telah menguji teori tersebut ke atas 19 peserta kajian dengan memberi sebanyak 46 gram serbuk anggur setiap hari.

Selepas empat minggu penggunaan anggur, didapati terdapat peningkatan dalam kepelbagaian mikrobiotik dalam sampel najis dan air kencing yang dikutip daripada peserta.

Pengambilan serbuk anggur telah berjaya meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting untuk pembentukan sistem imun yang kuat.

Baca Juaga: Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
Mengapa perlu bersenam.

Selain itu, memakan anggur juga dilaporkan mampu menurunkan paras kolesterol yang boleh menyebabkan berlaku sumbatan pada arteri dan membawa kepada penyakit jantung.

Memakan anggur juga dikatakan dapat mengurangkan tahap asid hempedu yang berperanan penting dalam metabolisme atau pemprosesan kolesterol.

Kajian yang diketuai oleh Li Zhaoping iaitu Pakar Pemakanan dan Profesor Perubatan dari Universiti California, dan diterbitkan dalam jurnal Nutrient menyatakan,

“Kami mendapati bahawa anggur mempunyai kesan baik terhadap bakteria dalam usus manusia yang memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan manusia.

‘Kajian ini turut mengukuhkan lagi manafaat anggur ke atas penjagaan jantung dengan mengawal penghasilan kolesterol yang lebih rendah,” jelas Li. – Agensi

Sumber dipetik: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *