Makluman Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor 2022

Kongsikan Artikel ini

Adalah dimaklumkan Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor mula membuka permohonan Bantuan Zakat kepada Pelajar UiTM Cawangan Johor yang berkelayakan.

Buat pengetahuan semua, Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor merupakan sebuah unit yang menguruskan aktiviti berkaitan bantuan zakat, sedekah dan wakaf.

Tempoh Permohonan

Bagi mereka yang berkelayakan  semua mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Johor, permohonan bantuan zakat pelajar akan dibuka bermula 16 Oktober 2022 (Ahad) hingga 5 November 2022 (Sabtu).

Syarat Permohonan

  1. Beragama Islam / baru memeluk Islam (Muallaf)
  2. Belajar sepenuh masa IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA
  3. Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib universiti
  4. Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja setiap semester.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara secara atas talian melalui laman web:

https://e-kpg.uitm.edu.my/ezakat/login.php

Bagi permohonan kali pertama, sila daftar untuk akaun baru!

Dokumen Sokongan

Setiap pemohon wajib  sertakan dokumen seperti berikut (dalam Pdf):

  1. Salinan kad matrik pelajar
  2. Pengesahan pendapatan/slip gaji
  3. Slip pengesahan akaun / salinan penyata bank atas nama pelajar
  4. Surat perakuan doktor (jika perlu)
  5. Sijil kematian (jika perlu)

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

KAMPUS SEGAMAT

  • Ustazah Mahasin (07-9352295)
  • Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)

KAMPUS PASIR GUDANG

  • Ustazah Azizah (07-3818038)

UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF UiTM CAWANGAN JOHOR

​​Sumber: Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM – Media FB Rasmi

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Sumber dipetik: Bantuan Rakyat]dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *