Sektor Pelancongan Antarabangsa Dapat Dibuka Sepenuhnya Mulai Disember

Kongsikan Artikel ini

Sektor Pelancongan Antarabangsa Dapat Dibuka Sepenuhnya Mulai Disember
Credit: Jeremy Allen

Sektor pelancongan antarabangsa dapat dibuka sepenuhnya mulai Disember 2021 jika hasil gelembong pelancongan antarabangsa di Langkawi mencapai tanda aras yang ditatapka. . Menurut Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, Disember dijadikan tentatif masa sektor antarabangsa dibuka sepenuhnya kepada pelancong luar negara.

sektor pelancongan langkawi
Credit:Sam Majid

Projek perintis gelembong Langkawi yang dilancarkan pada 15 November lalu, membolehkan pelancong antarabangsa dari semua negara melawat pulau itu tanpa perlu melalui tempoh kuarantin sedia ada. Gelembung itu hanya membenarkan pelawat asing melakukan perjalanan ke Langkawi dengan menempah perjalanan melalui ejen pelancongan yang berdaftar, yang mana syarikat ini akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan.

Syarat-syarat untuk gelembung sektor pelancong antarabangsa dibuka sepenuhnya agak ketat. Sebagai permulaan, tempoh penginapan perlu sekurang-kurangnya tiga hari manakala pelancong perlu mengambil ujian RT- PCR sebelum tarikh berlepas mereka ke Langkawi serta pada hari kedua mereka di pulau itu, dan satu lagi ujian pada hari kelima jika perjalanan melebihi lima hari.

Menurut beliau lagi, di bawah projek gelembung pelancongan domestik, Langkawi telah menerima kira-kira 100,000 pengunjung dari seluruh negara antara 16 Sept dan 15 Okt.

“Tempat-tempat pelancongan ini menjadi aktif dan memberi impak positif bukan sahaja kepada entiti perniagaan, malah memberi manfaat ekonomi kepada sektor lain dan pembangunan yang baik kepada masyarakat setempat,” katanya.
Sumber: The Star, CNA