Mat Kilau trending dekat Twitter lepas ditayang di Netflix hari ini

Kongsikan Artikel ini


Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan pada hujung Jun lalu masih lagi mendapat sambutan apabila karya arahan Syamsul Yusof mula ditayangkan secara rasmi di saluran Netflix bermula hari ini.

Untuk rekod, Mat Kilau mencipta sejarahnya sendiri apabila menjadi filem dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.

Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam, Mat Kilau telah mengutip sebanyak RM90 juta, mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta di Malaysia sebelum ini

Filem tersebut kembali popular dan trending di Twitter dengan rata-rata memberi reaksi positif kepada jalan cerita yang mengangkat perjuangan pahlawan Melayu melawan penjajah dan British.

Sementara itu, menurut Netflix, Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 September kecuali Indonesia di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Oktober depan.

Netflix juga mengumumkan, Mat Kilau akan menyertai 150 karya tempatan lain dalam koleksi Rekaan Rakyat.

Antara karya yang tersenarai dalam koleksi Rekaan Rakyat adalah BoBoiBoy: The Movie, Fly by Night, Maria Mariana Ii, Jimi Asmara dan banyak lagi.

Filem epik terhangat Mat Kilau ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Datuk Rahim Razali dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Baca juga: Jangan marah pada Yb Presiden Pas, kasihanilah dia!

Baca juga: Adakah Pas berhak tentukan akidah seseorang Islam?



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.