Mbappe kritik Hakimi secara terbuka

Kongsikan Artikel ini


PARIS: Penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe sekali lagi terlibat dengan kontroversi apabila mengkritik rakan sepasukannya, Achraf Hakimi secara terbuka.

Menerusi rakaman vi­deo tujuh saat yang tular di media sosial, Mbappe dilihat tidak berpuas hati apabila Hakimi gagal melakukan hantaran yang di­mahukan dalam satu perlawanan.

Bagaimanapun ia rakaman video membabitkan PSG yang mengharungi satu perlawanan liga Perancis pada musim lalu.

“Kamu patut menghantar bola kepada saya,” Mba­p­pe dilihat memarahi pe­main pertahanan Mag­hribi tersebut.

“Ya saya minta maaf, saya tidak nampak,” balas Hakimi.

“Maaf sahaja tidak mencukup, kamu kena beri hantaran kepada saya,” kata Mba­ppe.

Biarpun dikelilingi pemain berpengalaman seperti Lionel Messi, Neymar dan Sergio Ramos, Mbappe, 23, mempunyai keistimewaan dan pengaruh besar di PSG apabila terlibat dengan kebanyakan keputusan melibatkan pemain dalam kelab itu.

Penyerang Perancis itu diberi lebih ‘kuasa’ selepas bersetuju untuk kekal bersama PSG dengan kontrak 87.5 juta pound (RM 460 juta) sehingga 2025 biarpun terdapat tawaran besar daripada Real Madrid.

Sebelum ini Mbappe dilaporkan mempunyai tegang dengan Neymar gara-gara berebut untuk mengambil sepakan pe­nalti. – AGENSI





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *