MEE Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur

Kongsikan Artikel ini

Mi goreng atau mee goreng; atau dalam Bahasa Indonesia mie goreng kedua-duanya bermaksud “mee digoreng” iaitu satu hidangan popular di rantau Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Mee kuning berurat halus atau kasar digoreng dengan bawang, udang goreng, cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya menjadi menu pada kebiasaan gerai jalanan, pasar amalam atau restoran Mamak.

Hari ini kami nak berkongsi masakan mee goreng basah oleh Nurul Ateekah FB Resipi Masakan Melayu buat anda semua. Boleh la dicuba nanti ya.

Berkongsi di halaman FB, Ateekah berkata pada awalnya ahli keluarga yang mencubanya berfikir beliau menggunakan telur kerana tauhunya melekat pada helaian mee gorengnya. Namun setelah dimaklumkan ternyata mereka menyukai rasa pedas manis dan kini menu ini menjadi kegemaran keluarganya sebagai juadah berbuaka pada setiap  Ramadhan. Jom kita tengok resepinya.

Mee Goreng Basah Tauhu Hancur
Bahan-bahan diperlukan Mee Goreng Basah Tauhu Hancur

MEE GORENG BASAH SEAFOOD DAN TAUHU HANCUR

Bahan-bahannya:

  • 500gram mee kuning
  • Udang saiz sederhana 15 ekor
  • Sotong 2 ekor saiz besar
  • Taugeh(agak2)
  • Sawi(agak2)
  • Tauhu@Taukua(1 ketul besar dihancurkan)
  • Tomato 1 biji(dibelah 6)
  • Kicap  Manis 7 sudu besar
  • SOS tiram 1 sudu besar
  • SOS cili 1 sudu besar
  • SOS tomato 1 sudu besar
  • Minyak masak
  • Serbuk perisa knorr(jika perlu)
  • Bahan dikisar
  • Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili kering 5 batang(Di rendam air panas Dan toskan)
  • Ikan bilis (1 sudu besar)

CARA MEMASAK

  1. panaskan minyak masak secukupnya
  2. Tumis bahan Yang telah dikisar sehingga kering Dan pecah minyak
  3. masukkan sotong,udang,masak seketika
  4. kemudian,masukkan ,kicap Manis,SOS cili,SOS tiram,SOS tomato Dan tauhu Yang telah dihancurkan
  5. akhir sekali,masukkan mee,Taugeh,sawi Dan tomato,Gaul sebati Dan secukup rasa

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba ya.

Kredit: Nurul Ateekah FB kongsi resepi , ms.wikipedia.org