Melaka Memilih : Rakyat Mesti Buat Pilihan Tepat

prn melaka
Kongsikan Artikel ini

Seramai 476,037 pengundi Melaka akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini. Mereka perlu membuat pilihan yang tepat dan perlu memilih parti yang mempunyai visi dan misi yang jelas, rekod yang baik dari segi integriti bagi memastikan kestabilan politik yang berpanjangan di negeri itu.

prn melaka
Pengundi beratur seawal pukul 7.45 pagi untuk memasuki pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Merlimau.

PRN Melaka ini menyaksikan seramai 112 calon bertanding dengan pertandingan enam penjuru di tiga kawasan DUN membabitkan kerusi DUN Asahan, Duyong dan Gadek.

Lima kerusi iaitu DUN Rembia, Machap Jaya, Paya Rumput, Pengkalan Batu dan Bemban pula, menyaksikan pertembungan lima penjuru.

Sembilan DUN menyaksikan pertandingan empat penjuru, manakala 11 lagi DUN, tiga penjuru.

DUN yang menyaksikan pertandingan empat penjuru ialah Kuala Linggi, Durian Tunggal, Sungai Udang, Bukit Katil, Ayer Molek, Bandar Hilir, Telok Mas, Serkam dan Sungai Rambai.

Tiga penjuru pula di DUN di Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Pantai Kundor, Kelebang, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Rim dan Merlimau.

Proses pengundian awal bagi 11,557 anggota pasukan keselamatan diadakan pada 16 November lalu di 24 pusat mengundi membabitkan 24 DUN.

Proses mengundi awal merekodkan 10,390 individu atau 89.9 peratus anggota polis, tentera dan pasangan keluar menjalankan tanggungjawab mereka.

Secara keseluruhan, seramai 11,557 pengundi awal terdiri 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.

Daripada 112 calon yang bertanding, 28 calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), manakala Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (lima), Parti Perikatan India Muslim Nasional (satu) dan Bebas (22).

Berdasarkan jantina, seramai 96 calon terdiri lelaki, manakala 16 lagi wanita bertanding kali ini.

Bagi pecahan mengikut usia pula, sembilan calon muda berusia 21 hingga 29 tahun bertanding pada PRN kali ini.

Sebanyak 21 calon berusia 30 hingga 39 tahun, 40 hingga 49 tahun (35 calon), 50 hingga 59 tahun (36 calon), 60 tahun ke atas (11 calon) dengan calon tertua berusia 68 tahun dan calon termuda pula berusia 21 tahun.

Semua pusat pengundian akan ditutup tepat jam 5.30 petang ini.

Sumber: BeritaHarian

Dapatkan hebahan mudah dan pantas, Join group Telegram UtusanKini Klik di sini