Mengapa Ikan Empurau Mahal

Kongsikan Artikel ini
ikan empurau

KAPIT – Baru-baru ini viral satu Malaya kerana harga ikan siakap hidup di sebuah restoran di Langkawi, Kedah yang dikatakan ‘harga kayangan’ kerana mencecah lebih RM1,000 untuk ikan seberat 7.48 kilogram. Namun mungkin tidak ramai tahu di Sarawak terdapat satu spesies ikan termahal di Malaysia.

Mengapa Ikan Empurau mahal? Ikan Empurau atau nama saintifiknya tor tambroides adalah sejenis ikan air tawar yang sangat eksotik dan termahal buat masa ini. Di Semenanjung Malaysia ikan ini lebih popular dengan penggilan Ikan Kelah (bahasa Inggeris adalah Mahseer) merupakan sejenis ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar dan merupakan ikan untuk aktiviti sukan (sport fishing) yang digilai dan terdapat banyak di India, Indonesia, Malaysia dan secara amnya di Asia Selatan. Raja ikan sungai Sarawak ini mempunyai nilai komersial tinggi dan harganya boleh mencecah RM800 hingga RM1,000 sekilogram!

Ikan eksotik ini mahal disebabkan habitat hidupnya yang hanya memakan buah-buahan yang tumbuh di tebing sungai seperti engkabang, merupakan makanan ruji ikan empurau yang mampu memberikan rasa berlemak pada isi ikan dan serta aroma harum tersendiri apabila dimasak.

Emas Borneo ini hidup liar dalam dalam habitat sungai yang bersih, sejuk, jernih serta mengalir deras dengan dasar sungai berbatu menyebabkan ikan ini akan berhijrah jika habitatnya dicemari. Oleh itu stok ikan ini adalah terhad dan sukar diperolehi.

Seorang peniaga ikan empurau di daerah sini, Loh Hoe Hua berkata, kebiasaannya beliau mendapat bekalan empurau dengan membeli ikan tersebut daripada mereka yang ‘bertuah’ dapat menangkapnya di sekitar sungai seperti Sungai Rajang, Sungai Baram dan Sungai Baleh.

Loh Hoe Hua Peniaga ikan empurau di kapit serawak

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam penjualan ikan empurau dan spesies ikan sungai Sarawak lain seperti semah, baung, tapah dan tengadak, beliau berkata, empurau sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha restoran serta orang kenamaan. Mereka sanggup datang dari Kuching dan Kuala Lumpur untuk membeli ikan tersebut kerana ia sukar didapati, memandangkan kadar pembiakannya lambat membesar dan bermusim.

Hoe Hua berkata, ikan empurau dengan berat lebih tiga atau empat kilogram dijual pada harga lebih mahal kerana isinya lebih padat dan kenyal. Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang tumbuh di tebing sungai seperti engkabang, dapat memberikan rasa berlemak pada isi ikan dan mempunyai aroma harum yang tersendiri apabila dimasak.

Lain pula bagi Puri Johan yang bermula sekadar minat memelihara ikan membuka ruang wanita Bidayuh ini mengusahakan penternakan spesies ikan sungai termahal ini sehingga menembusi pasaran global.

Puri Johan penternak ikan empurau berjaya

Berasal dari Kampung Taee, Serian, hanya bermula menternak ikan tilapia di kolam tanah yang dibina berhampiran rumahnya untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan keluarga.

Mendapat restu suaminya, Chua Eng Chai pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Puri sanggup mengorbankan kolam renang kesayangan yang dibina untuk anak mandi-manda di rumah untuk dijadikan  kolam penternakan ikan empurau.

Dari situ bermulanya perjalanan perniagaan ikan empurau jenama Puri Johan Agro, yang kini sudah memasuki pasaran sehingga ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu (Sabah).

“Saya tidak menyangka percubaan menternak ikan empurau ini menjadi perniagaan yang besar,” katanya sambil menjelaskan, kejayaan ladangnya juga atas sokongan dan bantuan daripada Jabatan Pertanian Tarat.

Katanya lagi seekor ikan empurau membesar dari 0.07 meter kepada seberat 1.5 kilogram memerlukan tempoh antara tiga hingga empat tahun.  Atas faktor-faktor sebegini maka tidak hairanlah mengapa emas Borneo ini mempunyai permintaan yang tinggi daripada penggemarnya walaupun harganya mahal.

Baca juga artikel: Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my, https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Kelah http://animhosnan.blogspot.com