Merak oh Merak, tarikan terbaru pelancong ke Seberang Perai

Kongsikan Artikel ini

Merak oh Merak. Itu kata-kata tarikan bagi siapa saja yang bertandang ke Taman Eco Burung Merak, Perai di Taman Kimsar, Butterworth. 

Kawasan yang bersebelahan dengan Sungai Perai ternyata berjaya menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis burung merak yang berwarna-warni dan berbagai jenis. 

Atas tanah seluas 0.3 hektar  milik Jabatan Pengairan dan Saliran ia telah berjaya menjadi destinasi tarikan pelancong yang baru setelah diwujudkan taman burung merak yang turut menempatkan burung merak dari pelbagai pelusuk negara. 

Antara jenis burung merak yang terdapat dalam taman tersebut ialah burung merak Albino, merak India, merak campuran Jawa dan Belgium, merak jenis Pied dan juga Black Shoulder dari Sepanyol. 

Lebih menarik lagi apabila burung-burung merak tersebut mengembangkan sayapnya dengan pelbagai warna-warni yang kedapatan pada setiap burung merak tersebut. 

Tiada sebarang yuran dikenakan dan ia ternyata memberi banyak pengerahuan mengenai jenis-jenis burung merak yang terdapat di dalam dan luar negara. 

Antara pelbagai jenis burung merak yang terdapat di Taman Eco Burung Merak di Perai, Butterworth;

Baca juga: Pas dan Bersatu jangan jadi boneka Gerakan

Baca juga: Pakatan Harapan sedia hadapi pilihan raya, kata resolusi temurapat pimpinan di Seremban

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.