‘Minta mengecam tapi diri sendiri kena kecam’, warganet berlapang dada motor bersusun di lot parkir kereta

Kongsikan Artikel ini


Mungkin minta warganet mengecam tapi diri sendiri pula bertalu-talu kena kecam. Itu yang terjadi pada seorang pengguna Facebook yang berkongsikan gambar enam buah motosikal bersusun di lot parkir kereta di kawasan R&R LPT Temerloh.

“Hormat-menghormati, amalan mulia. Lokasi RNR LPT Temerloh. 5 Sept 2022 😤😤,” katanya di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.

Namun, rata-rata respon yang membanjiri hantaran tersebut dilihat mengecam kembali individu yang tidak berpuas hati itu.

Ok la tu , susun cantik enam buah boleh masuk. Apa beza enam buah motor dengan sebuah kereta yang ada lima penumpang?

“Bumi Allah ni luas. Kita semua menumpang, yang kau nak berkira sangat kenapa? Kau pun tak bagi contoh yang mulia tapi nak cerita pasal hormat,” tempelak Alif Azfar.

Pendapat sama dilontarkan Asyrin Syazmir yang membandingkan sikap sesetengah pemandu kereta meletakkan kenderaan di petak parkir lori.

“Mesti tukang post ni hati busuk, dengki diorang ambil satu lot saja bukannya sebiji motor satu lot. Tak boleh bertolak ansur ke?

“Kalau kereta suka hati parking tempat lori atau bas, boleh pula? Kesian pula tengok lori panjang-panjang parking tak boleh, sebab ada kereta tiada otak parking situ,” kecam Asyrin Syazmir.

Terdapat juga yang mengambil pendirian ‘di tengah-tengah’ dengan mengingatkan agar tindakan meletakkan motor di parkir kereta, begitu juga sebaliknya, tidak harus dijadikan kelaziman.

“Untuk sekali-sekala ok cuma tetap tak sesuai, sebab ganggu lot parkir kereta. Kalau kita lebih kurang, ok je.

“Susun pun cantik. Apa-apa pun, jangan nak normalize sangat. Nanti ada orang pijak kepala,” kata Hafiz Ismail.

Baca juga Rapat terus ke bahu jalan, situasi kemalangan ini jadi perdebatan warganet

Baca juga Majlis ‘kesyukuran’ paling unik, pengarah bank lempar duit RM15 kepada pengunjung

[DTV] FIRST LADY DARI NERAKA



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *