Model Perodua Masa Kini Lebih Berbaloi & Bernilai Untuk Dimiliki – CEO Perodua

Kongsikan Artikel ini


Sebelum ini, pengumuman mengenai harga Perodua Axia terbaharu iaitu model D74A yang lebih tinggi daripada model generasi sebelumnya  telah menjadi perbualan hangat orang ramai di media sosial.

Hal ini kerana Axia merupakan model Perodua yang paling mampu milik selepas keluaran model Perodua Kancil dan Perodua Viva sekitar berpuluh tahun dahulu.

Perodua bukan hanya hasilkan model murah semata-mata

Namun menurut Paultan, CEO dan Presiden Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, syarikatnya buat masa ini bukan lagi pengeluar yang hanya menghasilkan model murah semata-mata tanpa memikirkan spesifikasi untuk pelanggan.

Jelas Zainal, model-model Perodua masa kini lebih bersifat sebagai ‘berbaloi’ dan ‘bernilai’ untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, terma yang paling sesuai untuk kesemua model terbaharu yang dijual oleh Perodua adalah ‘kereta dengan kos yang dioptimakan’.

“Maknanya kita cuba untuk memberikan lebih nilai, kita cuba untuk memberikan spesifikasi yang terkini, tetapi pada harga yang berpatutan.

“Apa yang kita nak adalah, kita bukan hanya menyediakan mobiliti (semata-mata). Tapi kita menyediakan mobiliti dengan keselesaan, dengan kesenangan dan semua perincian yang diberikan.

“Supaya rata-rata rakyat Malaysia dapat menikmati teknologi terkini dan juga untuk memenuhi keperluan mobiliti,” katanya dalam satu sidang media ketika majlis prebiu Perodua Axia 2023 Rabu lalu (8 Februari).

Harga Axia 2023 bermula dari RM38,600 untuk varian G

Untuk info, Axia 2023 ini dijual pada harga bermula RM38,600 untuk varian G, RM40,000 (Axia X), RM44,000 (Axia SE), dan RM49,500 bagi Axia AV.

Harga ini jelas lebih tinggi jika dibandingkan dengan generasi dan model facelift yang sebelumnya.

Axia 2023 diasaskan dari platfrom terkini DNGA

Walau bagaimanapun, harga Axia 2023 ini adalah bersesuaian dengan spesifikasi yang diberikan kerana generasi terbaharu ini diasaskan dari platform terkini Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Platform terkini DNGA itu bukan sahaja membolehkan Axia 2023 ini dihasilkan lebih besar dari model generasi sebelumnya, malah turut memberikan pemanduan dan keselesaan lebih baik.

Foto: Facebook/Perodua
Foto: Facebook/Perodua

Kesemua varian Axia 2023 dilengkapi dengan kotak gear D-CVT

Bagi spesifikasi enjin pula, kesemua varian Axia 2023 didatangkan dengan kotak gear D-CVT bagi menggantikan kotak gear automatic konvensional 4AT pada generasi sebelumnya.

Dengan adanya kotak gear D-CVT berserta sistem Eco Idle, Axia 2023 mampu mencapai penggunaan bahan api serendah 25.3 km/l berbanding 27.4 km/l pada generasi sebelumnya. Bacaan ini adalah berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC) yang lebih relevan dengan situasi pemanduan tempatan.

Foto: Facebook/Perodua

Difahamkan, Perodua Axia 2023 serba baharu ini telah rasmi dilancarkan pada hari ini (14 Februari) untuk pasaran Malaysia dengan 2,900 unit dihantar kepada pelanggan pertama, lapor Pandu Laju.





Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *