Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa 16 ogos mengundnag rasa hiba rakyat.
Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong tengahari semalam dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.
Walaubagaimanapun buat sementara waktu, beliau akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara, sebagaimana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pengunduran Muhyiddin ini bermakna semua ahli jemaah Menteri dibawah pimpinannya turut menyerahkan surat letak jawatan. Beliau kini hanya bergerak seorang diri dan tugasannya terhad tidak seperti ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.
Sementara itu di ruangan komen di laman rasmi Facebook Muhyiddin dibanjiri dengan komen ucapan terima kasih daripada rakyat. Malah ada juga menzahirkan rasa hiba dan sayu.



Buat Tan Sri, terima kasih diatas segala jasa dan tugas yang telah diamanahkan selama ini. Semoga Perdana Menteri yang baharu mampu menjalankan tanggungjawab yang baik untuk rakyat.