Mulai tahun 2022 PT3 secara rasminya dimansuhkan.

Kongsikan Artikel ini

Mulai tahun 2022, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara rasminya dimansuhkan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan 02 Jun 2022
Sumnber FB: https://www.facebook.com/KemPendidikan/videos/747282339786197

Menurut beliau, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan PT3 bagi pelajar tingkatan tiga.

Berikutan pembatalan PT3, KPM akan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melibatkan PBD, PAJSK dan PPsi.

Dengan ini, tahap penguasaan dan prestasi murid diukur melalui pentaksiran secara formatif dan sumatif mengikut tahun/tingkatan. Ini melibatkan murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6 serta murid sekolah menengah tingkatan 1, 2 dan 3.
Sumber: FB Datuk Dr. Radzi Jidin

Facebooktwitterlinkedininstagramflickrfoursquaremail
Posted on

Leave a Reply

Your email address will not be published.