MySTEP 2022 / 2023: Maklumat Penawaran Jawatan Kontrak Terkini

mystep
Kongsikan Artikel ini

Usaha ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan lagi bagi tahun 2023 dengan tawaran 50,000 peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15,000 dalam sektor awam dan 35,000 melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.

Selain itu, gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100, berbanding RM1,400 hingga RM2,000.

Berikut dikongsikan maklumat terkini dan info lebih lanjut tentang Program MySTEP yang dibentangkan dalam Bajet 2023 untuk makluman bersama.

Apakah MySTEP?

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLCs and rakan strategiknya

Bagi tahun 2022, inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).

Di samping itu, dalam memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.

Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.

Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

Sektor Awam GLC / Rakan Strategiknya
1 – 12 Bulan 6 – 12 Bulan
  • Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Kadar Upah / Bayaran

Berikut adalah kadar bayaran / gaji bagi pekerja MyStep yang diperuntukkan kepada permohonan yang berjaya:

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik Sektor Awam​ Kadar (RM) GLC / Rakan Strategik​ Kadar Minimum* (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda 2,000 2,000
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 1,800 1,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1,600 1,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia 1,400

*NOTA: Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

Penempatan MySTEP

  1. Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
    • Penempatan di Sektor Awam
    • Penempatan di GLC dan rakan strategik
  2. Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
  3. Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
  4. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
  5. Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik

Kemudahan

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:

Jenis Kemudahan Sektor Awam GLC / Rakan Strategik
Cuti Rehat 12 hari setahun Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit 14 hari setahun Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan Sosial Caruman KWSP dan PERKESO Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Baca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2022

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut:

Sektor Awam GLC / Rakan Strategik
Warganegara Malaysia
18 tahun ke atas
Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC / rakan strategik masing-masing

Cara Permohonan MySTEP 2022

Tempoh permohonan: 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022 

Permohonan MySTEP adalah melalui Portal Rasmi MySTEP atau terus isikan borang permohonan digital melalui pautan https://mystep.mof.gov.my/form

Dokumen yang diperlukan adalah:

  1. CV atau Resume
  2. Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
mystep 2022 2023

Permohonan juga boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:

Iklan jawatan kosong personel My Step juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.

Garis Panduan MyStep

Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tadbir urus perolehan perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2022 (“Garis Panduan”).

Kerajaan telah memutuskan supaya inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme atau MySTEP diteruskan pada tahun 2022.

Ini bagi memberi lebih peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan selaras dengan inisiatif keempat iaitu “Menjana dan Mengekalkan Pekerjaan” di bawah strategi pertama iaitu “Memulih Kehidupan dan Mata Pencarian” sebagaimana yang dinyatakan dalam Fokus Pertama Bajet 2022 iaitu “Rakyat Yang Sejahtera”.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal MyStep di pautan berikut: https://mystep.mof.gov.my/info

Telefon : 03-8882 4666

Baca juga: Rounding 5 sen, suka hati je kedai genapkan jadi 10 sen
Baca juga: Alternatif lain untuk mengubati gejala batuk

Sumber dipetik:  eCentral[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *