Neelofa Akhirnya Kongsi Gambar Bilal

Kongsikan Artikel ini


Selepas sekian lama memilih untuk tidak mendedahkan wajah anaknya, usahawan dan pengacara, Noor Neelofa akhirnya berkongsi foto putera mereka untuk paparan umum.

Dalam satu posting yang dimuat naik di Instagram pada Rabu malam (12 Oktober) Neelofa telah berkongsi beberapa gambar Muhammad Bilal Bin Harris dari awal kelahirannya hingga ke potret terbaharu yang disusun dalam bentuk video.

Menerusi ruangan kapsyen, bekas pengacara MeleTOP ini turut menyifatkan kehadiran Bilal sebagai kurniaaan berharga dari Allah SWT buat dirinya dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Rizz.

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

“Bilal anak ummi sayang.. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah. Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu,” luah Neelofa.

Turut doakan Bilal jadi asbab agama Islam tersebar meluas

Neelofa dalam masa sama turut menzahirkan harapan agak putera sulungnya itu menjadi asbab agama Islam tersebar di seluruh alam.

“Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.

“Terima kasih wahai Allah yang menzahirkan anak ini kepada kami. Semoga afiyyah sentiasa untuknya, semoga fakih dia dalam agama. Semoga doanya adalah seperti disebut nabi, doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya,” tulis Neelofa.

Perkongsian Neelofa itu bukan sahaja mendapat perhatian dari jutaan pengikutnya malah turut menerima pelbagai reaksi positif.

Rata-rata dilihat memuji ‘ketampanan’ Bilal dan mendoakan agar dia menjadi insan yang berjaya dan berjasa kepada ibu bapa dan agama suatu hari nanti.

Terdahuhu Neelofa meluahkan rasa terkilannya selepas seorang individu bertindak menceroboh privasi keluarganya dengan menyiarkan gambar Bilal dalam media sosial.

Apa yang lebih mengecawakan apabila foto tersebut turut disunting di mana wajah Bilal diuabah dan diganti dengan orang lain hingga menjadi bahan tawa netizen.

Baca artikel berkaitan :





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *