Makluman tarikh penggantungan urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada 22 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023.
Urus niaga ASB akan dibuka semula pada 3 Januari 2023.
Penggantungan transaksi ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter dan ejen cawangan ASNB seluruh negara serta saluran elektronik dan dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, ejen perbankan internet iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kios di cawangan ASNB dan Mesin Teler Automatik di Maybank dan Bank CIMB.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Notis Penggantungan Khas ASNB untuk makluman semua pemegang amanah ASB.
Tempoh Penggantungan Sementara Urus Niaga ASB
Pelabur yang ingin membuat pengeluaran secara dalam talian, buat transaksi awal supaya pembayaran dapat diterima sebelum tarikh penangguhan iaitu dari 22 Disember hingga 3 Januari 2023.
Jadi, anda perlu melaksanakan transaksi ASNB anda sebelum 22 Disember 2022.
Transaksi pada semua saluran, iaitu secara bersemuka, akan dibuka semula pada 3 Januari 2023, manakala platform dalam talian akan beroperasi mulai 1 Januari 2023.
Pengeluaran dalam talian hanya boleh dibuat melalui portal www.myasnb.com.my dan aplikasi myASNB dengan had maksimum RM2,000 atau tiga (3) pengeluaran
dalam sebulan. Urus niaga pengeluaran dalam talian yang berjaya akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelabur yang berdaftar dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
Untuk sebarang pertanyaan, pemegang unit boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau e-mel kepada [email protected]
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Syarikat pengurusan unit amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan semua dana yang dilancarkan oleh PNB. Selepas lebih 40 tahun dalam industri, ASNB kini menguruskan 16 dana unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun setakat 30 September 2021.
ASNB menawarkan dana unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik (ASB 3 Didik), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan ( ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) serta unit amanah harga berubah iaitu ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Imbang 3 Global, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2.
Dana ini berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa depan mereka.
ASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang luas untuk memudahkan pelabur membuat transaksi pelaburan mereka.
Kemudahan itu boleh didapati di 32 cawangan ASNB dan di lebih 2,700 cawangan ejen ASNB di seluruh negara. Selain itu, ASNB menyediakan kemudahan transaksi dalam talian terpilih melalui portal myASNB dan aplikasi mudah alih www.myasnb.com.my.
Ejen ASNB juga menyediakan kemudahan pelaburan dalam talian melalui portal perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Affinonline dan HLB Connect.
Pelaburan tambahan juga boleh dibuat di semua mesin ATM Maybank dan CIMB Bank.
myASNB ialah portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk kemudahan pemegang unit ASNB membuat transaksi dalam talian yang dilengkapi ciri keselamatan terkini.
Portal myASNB juga boleh didapati dalam bentuk aplikasi mudah alih.
Perkhidmatan yang disediakan di portal myASNB:
- Tambah pelaburan terus daripada akaun bank anda
- Semak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini
- Kemas kini maklumat peribadi
- Mengurus akaun pelaburan Akaun Bijak/Remaja anak anda
- Perkhidmatan pelaburan bulanan automatik melalui Auto Labur
Layari: www.myasnb.com.my
Sumber dipetik:
PortalMalaysia