PAC perlu segera siasat isu OPV demi keselamatan perairan negara

Kongsikan Artikel ini


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sekali lagi menuntut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menegaskan, isu tersebut bukan sahaja soal kelewatan menjangkaui had yang ditetapkan tetapi melibatkan unsur salah tadbir peruntukan RM738.9 juta duit negara.

“THHE (TH Heavy EPAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysiangineering) Berhad yang diberi kontrak rundingan terus disyaratkan untuk melakukan JV dengan Destini Berhad atas 49:51 perkongsian.

“Tanpa kepakaran THHE pada 2017 mendapat kontrak namun Destiny 51% telah jualkan sahamnya dalam THHE Destiny (syarikat JV) pada 2021,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim membuat laporan polis ke atas Mujahid kerana mengaitkannya dengan kontrak OPV.

Susulan itu, Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak dalam reaksinya berkata, beliau bukan cakap kosong sebaliknya ada bukti dan berlandaskan fakta.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, beliau dimaklumkan para vendor menuntut hutang tertunggak yang gagal dilunaskan menyebabkan semua urusan persiapan OPV tergendala termasuk dengan OEM (Original equipment manufacturer).

“Destini Shipbuilding pula disaman oleh LHDN kerana gagal membayar cukainya dan pada 15hb September ini akan digulung tikar (winding up).

“THHE telah dinyahsenaraikan dan kemungkinan akan dipaksa untuk gulung tikar atas
beban hutang yang ditanggungnya,” kata Mujahid.

Menurutnya, nama syarikat yang disebut dalam kenyataannya ini semuanya bermasalah.

Sehubungan itu, beliau bimbang keperluan keselamatan untuk melindungi perairan negara turut terjejas akibat kelewatan tersebut.

“Saya menuntut PAC menjalankan siasatan di atas pelbagai tanda yang menunjukkan bahawa projek OPV bernilai RM739 juta ini ada unsur salah tadbir kewangan yang meragukan.

“Demi keselamatan perairan negara siasatan ini perlu disegerakan,” tambah Mujahid lagi.

Untuk rekod, APMM sepatutnya menerima sebuah kapal OPV pada Ogos lalu selepas kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy untuk menyiapkan tiga kapal OPV itu.

Dua lagi kapal iaitu OPV 2 dan OPV 3 akan diserahkan kepada pihaknya secara berperingkat.

Dalam hal berkaitan, Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata pandemik Covid-19 menjadi punca kelewatan penyerahan tiga OPV yang sepatutnya diterima pada tahun lalu.

Ujarnya, kapal peronda yang dibina oleh THHE Destini Sdn Bhd itu masih dalam pembinaan dan berada di Pulau Indah.

Jelasnya, kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air pada hari ini masih gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.

Berikutan itu, katanya, syarikat tersebut mengubah cara pelancaran iaitu daripada Launching Cradle kepada sistem pelancaran Air Balloon dan ia dijangka dilakukan pada 10 Oktober depan.

Baca juga Aksi wanita ini terserempak dengan ‘ex’ buat warganet terhibur

Baca juga Klinik kesihatan terbakar, punca dan kerugian belum dikenalpasti



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *